Wednesday, January 16, 2013

ya, mungkin aku hina di pandangan mata kau, tapi tak bermakna aku tak bermaruah......aku tersalah dalam menentukan hidup ini, tidak mengapa, mungkin Allah cuba membuka mata aku akan sikap kau, janganlah terlalu ego, mungkin Allah kurniakan rupa pada kau, tapi jangan sesekali mengkufurkan nikmat Allah tu..


Dalam hidup ini, kita pasti ada melakukan sesuatu perkara yang sehingga kini mendatangkan kekesalan. Sungguh aku juga manusia biasa tak lepas dari apa yg lain rasa. Dalam hidup ini, ada satu perkara yang aku sangat kesalkan, sikap dan tindakan ku buatkan aku semakin hilang seorang sahabat dunia akhirat aku. Mungkin dulu aku pernah mengucapkan yang aku redha dan sanggup mengambil risiko, tapi kini sakit itu baru aku rasa…. Aku tak patut luahkan apa yg aku rasa, aku tak patut perlakukan dia sebegitu rupa, aku tak patut biarkan perasaan tu bertapa, hanya kerana aku alpa, hanya kerana aku terlalai seketika, hanya kerana aku selalu berfikiran terbuka, keputusan yang aku lakukan di luar jangka ku sendiri, di luar kemampuanku sendiri,di luar kewarasan ku sendiri. Akhirnya aku semakin kehilangan dia yang sangat ku saying, seorang sahabat yang memahami diriku sepenuhnya, hanya kerana rasa yang tak pernah aku undang, hanya kerana rasa yang aku tak mampu aku  lawan, akhirnya aku rebah di pelukkan sendiri, di satu sudut kehidupan, terpalit cerita aku dengan dia, terpalit kenangan bersama, indah persahabatan kita, disini malam ini, sekali lagi aku menangis menangisi sikapku yang sudah tentu buatkan sahabatku itu semakin jauh….disaat aku cuba kikiskan segala rasa, dan kini aku sudah mampu menerima takdir yang esa, aku cuba dekatinya hanya untuk menjadi sahabat, mungkin kerana aku bukan lagi dia anggp sahabat dgn apa yg terjadi, aku menyesal sendiri, sungguh sehingga hari ini masih jelas terasa yang aku hanyalah insan hina…tidak berlayak bersahabat dgn dia….

Buat kamu, andainya suatu hari nanti kamu terbaca akan warkah ini, andainya aku sudah tdak bernafas di bumi fana ini, mengertilah kamu tetap selamanya menjadi sahabat aku, walaupun kamu sudah tidak mahu diriku lagi….sungguh kalau aku mampu berdepan, kalau aku seorang yang kuat akan aku tempuhi segala yang mendatang, tapi saying aku bukan insane yang dikrniakan sepenuh kekuatan untuk menghadapi ujian ini, kamu…. Puas aku cuba membuka ruang kembali agar kita seperti dahulu, rakan yang ceria, sahabat yang berkongsi suka dan duka, kawan yang sama2 bergelak ketawa… hmm aku cuba kembalikan semua itu, tapi… aku ternyata tersungkur separuh jalan, dgn sikap kamu yang tak boleh aku duga, aku terbiar ditepi melukut, memohon, merayu, agar sahabatku ini tidak pergi meninggalkanku.. tapi harini makin jelas, kamu semakin jauh, dan tak mustahil kamu akan hilang dari pandanganku suatu hari nanti, kamu.. cara apakah lagi patut aku lakukan supaya kita berempat kembali seperti dahulu? Cara apa lagi yang boleh aku gunakan untuk satukan kita kembali? Beritahu aku, aku akan usahakan..aku akan cuba kerana aku tak mampu kehilangan kamu semua di dalam hidupku….aku tak mampu..
Asrol, naz minta maaf… kalaupun asrol dah bencikan naz, naz faham..salah naz yang mulakannya dulu, mungkin asrol dah tak perlukan naz lagi sebagai sahabat, naz akan cuba terima kenyataan tu walaupun pahit, naz minta maaf kalau dgn msj2 naz yang menganggu hidup asrol, naz Cuma nak perbetulkan kembali hubungan sahabat kita, percayalah rasa tu dah naz kikis, naz dh buang jauh2, naz dh nasihatkan diri sendiri, setiap hari naz didik fikiran naz yang mengatakan naz tak layak, maaflah bukan naz mohon simpati asrol, asrol… mungkin apa yang naz suarakan akan buatkan asrol terasa, naz mhon maaf, naz tak tahu pada siapa lagi naz nak luahkan… setiap hari naz teringatkan kenangan kita di perak, asrol sahabat yang sangat fahamkan diri naz, sehingga akhir nafas naz kalau boleh tak mahu asrol hilang, biarlah kita jadi sahabat selamanya, tapi…..asrol, naz kirim mesej tandanya naz rindukan sahabat2 naz semua, tapi msj nak tak disambut, mungkin juga asrol buang..naz tak da niat lain, niat naz Cuma nak bertanya kan khabar,sakit asrol, sakit sgt asrol buat naz mcm ni,  walaupun kdang2 naz terasa perlu buang asrol dari sahabat kerana rasa yang sgt sakit, tapi naz tak lakukan, naz pujuk diri sendiri, naz fikir positif, mungkin asrol busy, bukan naz harapkan asrol balas msj naz, Cuma satu yang naz pinta, sepatah ayat sudah mencukupi, naz mengambil berat kerana pada naz, naz masih mengangap asrol sahabat dunia dan akhirat naz…. Mungkin asrol tak Nampak apa yang naz rasa, mungkin asrol tak dapat rasakan apa yg terjadi, andai satu hari nanti asrol terbaca apa yang naz tuliskan ni, naz mohon maaf dari sedalam2 hati naz, serendah2 nya maruah naz……cukuplah kesabaran naz teruji sampai disini, naz redha segalanya…mungkin hilang asrol sebagai sahabat boleh meringankan beban kesakitan yang naz tanggung selama ini, naz sanggup lakukan kerana naz dah tak mampu tahan sakit ni lagi asrol… naz dah tersangat letih memulihkan hubungan sahabat ini, nampaknya selama ini hanya naz yang berusaha untuk pulihkan segalanya sedangkan…..
Cukuplah naz rasa smpai disini, maafkan naz kalau asrol terasa , bukan niat naz nk menyinggung, Cuma naz tak tahu pada siapa lagi patut naz luahkan…
Sebelum naz lupa, asrol… serendah-rendahnya naz letakkan maruah naz kebawah, seluas luasnya naz buang ego naz jauh, sekeras-kerasnya naz usir segala fikiran negative mengenai asrol… tapi ternyata semua ni tak bermakna, maruah naz dipermainkan, ego naz diketawakan, diri naz lansung tak dihormati, naz diperlakukan seperti manusia yang sangat hina, sehina-hinanya naz rasa….kecewa naz dgn asrol sangat2 dah naz tak tertanggung lagi, kecewa naz , kecewa naz dgn kamu asrol, mungkin allah tetapkan kita bukan sahabat lagi, mungkin itu lebih baik, kita perlu terima takdir itu….
Saat ini, sujud naz, doa naz..kepada Allah, buanglah asrol dari hidup naz, buanglah asrol sahabat yang terlalu banyak buat naz menangis…… naz relakan, naz akan terima kenyataan itu walaupun sgt2 pahit…untuk ditelan. Asrol, mungkin naz seorang perempuan kampung yang tak ada rupa, tak ada gaya, tapi igtlah naz tetap manusia yang punya hati dan perasaan. Naz menyesal kerana dalam hidup ini allah temukan naz dgn asrol..kalau naz tahu ini yang akan terjadi, sejuta cara naz akan jauhkan diri dari asrol…percayalah, naz tak kan ganggu hidup asrol…

Aku tak perlukan sahabat yang kaya, yang bergaya, yang aku mahukan sahabat yang memahami..

Cukuplah aku rasa untuk kesekian kalinya,
Maruah dan ego aku rendahkan untuk pulihkan segalanya,
Ternyata aku ni terlalu hina pada padangan sahabat aku ini…
Kalaupun dah tak perlukan aku lagi, tak perlulah larikan diri,
Terus terang dgn aku, insyaallah aku tak kan ganggu hidup kamu lagi..demi Allah

Hina sungguh aku pada pandangan mata kamu,
Ya Allah kenapalah aku lalai, aku terlupa,yang aku tak setaraf kamu, tak secantik sahabat2 kamu yang lain…
Maaflah kalau aku yang mungkiri janji, kerana sahabat tak akan pernah meletakkan maruah sahabatnya ke tahap paling bawah…
Jika benar dia seorang sahabat, dia tak akan meletakkan maruah kita di tahap paling bawah,
Alhamdulillah, ya allah, kau sedarkan aku dari mimpi yang panjang,

No comments:

Post a Comment