Friday, April 19, 2013
dahulu ceritanya...
ini semua cerita dulu, kisah 5 orang sahabat yang sangat rapat, belajar di satu universiti yang sama, fakulti yang sama dan cuma berbeza hanyalah bahagian yang berlainan. kali pertama mereka berjumpa sewaktu hari pertama memasuki cls, disitu suai kenal telah membibitkan ikatan persahabatan. bermula dari mencari barang dan hinggalah kini semuanya menjadi kenangan. memori itu terlalu manis untuk diungkap dan terlalu pahit untuk dikenang....kelima-lima sahabat ini sentiasa sehati dan sejiwa tetapi hinggalah satu perkara muncul membuatkan mereka semakin berjauhan..pertama, seorang sahabat mereka meninggalkan kumpulan kerana mengikut kekasihnya, dipilih kekasih berbanding sahabat, tiada siapa dapat menghalang, itu pilihan dan hak dia, jadi mennagislah keempat-empat sahabat ini merindukan teman mereka yang telah makin jauh... kerana sayang mereka terpaksa melepaskan ianya pergi, kemudian konflik tercetus lagi.. dua orang shabat telah bergaduh dan tidak bertegur sapa, manakala dua orang lagi sahabatnya gundah kerana apa yang terjadi kepada sahabat mereka itu turut dirasakan tempiasnya. hubungan itu kembali pulih. berlalulah kisah-kisah yang banyak mengenai mereka. mereka pernah terpisah sementara tetapi tuhan tetap menemukan mereka semula. berkawan dna mnjadi sahabat mungkin itu yang telah ditakdirkan. hidup mereka sangat bahagia dan hari-hari mereka sentiasa dipenuhi gelak dan ketawa. mereka gemar mengembara, berjalan sini sana, bersama-sama mencipta memori bahagia. bila waktu yang sulit datang, seorang sahabat lagi terpaksa melangkah jauh pergi meneruskan perjuangannya, maka hilanglah lagi seorang daripada mereka. kini tinggallah mereka bertiga meneruskan mencari ilmu di sri iskandar, tetapi shaabatnya yang sorang lagi itu sentiasa pulang ke perak, menjenguk mereka. bayangkan kerana saynag, kasih dan cinta, sahbatnya sanggup pulang kesana, melihat perkembangan mereka, rindu untk bersama-sama mengulit kenangan bersama. sama juga sahabat-sahabat di perak yang sanggup datang ke shah alam, semata-mata untuk meluahkan rasa dengan sahabatnya. berkongsi cerita, kisah sedih dan duka. sama-sama saling memerlukan. maka hal semakin berlanjutan, hubungan sahabat antara mereka berempat semakin goyah, tidak disangka seorang sahabat mereka telah jatuh cinta dengan sahbat sendiri. takdir yag telah menentukan segalanya. kerana rasa yang tidak mampu dibuang, sahabatnya itu berterus terang kepada sahabat lelakinya itu, menangis dia kerana takut kehilangan sahabatnya itu, tetapi dia tidak mampu menyimpannya lagi. akhirnya benarlah dia salah, sahabat lelakinya itu menjauhkan diri darinya, sedih yang tak terkira, dia membawa diri, dia redha andai ditolak kerana sahabatnya itu memahami situasi sebenarnya, lalu dia memtuskan untuk mengakhiri segalanya....dengan tangisan yang tiada hentinya, menangis dia kehilangan sahabat yang disayanginya itu..akhirnya empat sahabat itu berpecah, entah kemana hala semua mereka.. tinggalkan kenangan yang menjadi kekuatan senyumana dan tangisan..itu semua kisah mereka..tiada siapa yang tahu, tiada yang peduli..
Wednesday, April 17, 2013
betapa bodohnya aku
asrol, harini aku tersangat rinduku kamu, sahabat yang suatu masa dulu terlalu aku sayangi, tetapi aku juga yang hancurkan ia... bodohnya aku, andai kamu terbaca suatu hari nanti, disini aku ingin sesekali memohon maaf diatas segala perbuatan aku yang tak menyenangkan kamu, aku tahu semua itu, teringin sesekali aku nak hubungi kamu, tapi niat membataskan segalanya, jika aku yang mulakanya biarkanlah aku juga yang habiskan ia, jadi pengakhiran yang telah aku karang dalam hidup ini, aku mungkin tak akan bertemu kamu lagi sepanjang hidupku.... mungkin waktu konvo nanti, itulah yang terakhir kali untuk aku melihat kamu, pasti waktu tu airmata aku akan mengalir kerana, aku bangga kamu sudah berjaya membawa segulung diploma.... itulah kejayaan aku sebenarnya...... bahagialah kamu disana, kerja rajin2, aku tahu kamu boleh berjaya menjadi seorang yang kamu impikan.. izinkan aku memerhati kamu jauh dari sana..
kadang aku sendiri diuji... berlikunya kehidupan sewaktu remaja ini
ya Allah ya tuhanku, jauhkan lah aku dari sifat benci,dendam dan dengki kepada manusia ciptaan mu, kurniakanlah aku selalu keampunan jika aku terlanjur mempunyai perasaan itu, persaingan ini tersangat hebat, malah lebih hebat dari bertarung sehinga bermatian, apabila cerita bermain dengan perasaan semuanya bercampur menjadi satu rasa, dan aku hanya mampu bersabar hanya dengan dua khalimah syahadahmu ya allah....
Tuesday, April 2, 2013
ayah..ayah kena kuat, nat sayangkan ayah, sebenarnya disebalik benci dan dendam ni, ayah tetap tersemat dalam hati nat, sesungguhnya naz terllau sayangkan ayah..
ayah...satu perkataan yang sukar untuk ku ungkapkan maknanya, dulu pada aku perkataan itu tak pernah wujud sama sekali di benak fikiranku, mungkin kerana terbawa-bawa dengan rasa marah dan dendam dengan sikpanya, namun kini hatiku tersentuh... aku lihat sekujur tubuh terbaring lesu,dahulunya tubuh itu kuat dan sihat, selalu bergerak ke sini dan sana, tetapi kini ia terbujur layu, dipenuhi wayar-wayar yang sentiasa menjadi peneman tubuhnya, ya allah ya tuhanku, aku lemah disitu, terasakan mahu rebah diriku memohon ampun padanya, jika bolah aku gantikan diriku dgn dia, aku sngup tahan beban itu, ayah..sejujur nya nat akui, nat sayangkan ayah..naz terlalu sayangkan ayah, ayah jangan pergi lagi, berilah waktu untuk nat bahagiakan ayah, buat apa yang ayah mahukan, bawa ayah berjalan-jalan, nat rindukan ayah, naz masih perlukan ayah dalam hidup nat, ayah..kuat ayah, lawan derita tu, ayah kena kuat, nat sayangkan ayah sgt2...jangan tinggalkan nat lagi, nat sayang ayah, nat nak peluk ayah..
Subscribe to:
Comments (Atom)