Friday, April 19, 2013

dahulu ceritanya...

ini semua cerita dulu, kisah 5 orang sahabat yang sangat rapat, belajar di satu universiti yang sama, fakulti yang sama dan cuma berbeza hanyalah bahagian yang berlainan. kali pertama mereka berjumpa sewaktu hari pertama memasuki cls, disitu suai kenal telah membibitkan ikatan persahabatan. bermula dari mencari barang dan hinggalah kini semuanya menjadi kenangan. memori itu terlalu manis untuk diungkap dan terlalu pahit untuk dikenang....kelima-lima sahabat ini sentiasa sehati dan sejiwa tetapi hinggalah satu perkara muncul membuatkan mereka semakin berjauhan..pertama, seorang sahabat mereka meninggalkan kumpulan kerana mengikut kekasihnya, dipilih kekasih berbanding sahabat, tiada siapa dapat menghalang, itu pilihan dan hak dia, jadi mennagislah keempat-empat sahabat ini merindukan teman mereka yang telah makin jauh... kerana sayang mereka terpaksa melepaskan ianya pergi, kemudian konflik tercetus lagi.. dua orang shabat telah bergaduh dan tidak bertegur sapa, manakala dua orang lagi sahabatnya gundah kerana apa yang terjadi kepada sahabat mereka itu turut dirasakan tempiasnya. hubungan itu kembali pulih. berlalulah kisah-kisah yang banyak mengenai mereka. mereka pernah terpisah sementara tetapi tuhan tetap menemukan mereka semula. berkawan dna mnjadi sahabat mungkin itu yang telah ditakdirkan. hidup mereka sangat bahagia dan hari-hari mereka sentiasa dipenuhi gelak dan ketawa. mereka gemar mengembara, berjalan sini sana, bersama-sama mencipta memori bahagia. bila waktu yang sulit datang, seorang sahabat lagi terpaksa melangkah jauh pergi meneruskan perjuangannya, maka hilanglah lagi seorang daripada mereka. kini tinggallah mereka bertiga meneruskan mencari ilmu di sri iskandar, tetapi shaabatnya yang sorang lagi itu sentiasa pulang ke perak, menjenguk mereka. bayangkan kerana saynag, kasih dan cinta, sahbatnya sanggup pulang kesana, melihat perkembangan mereka, rindu untk bersama-sama mengulit kenangan bersama. sama juga sahabat-sahabat di perak yang sanggup datang ke shah alam, semata-mata untuk meluahkan rasa dengan sahabatnya. berkongsi cerita, kisah sedih dan duka. sama-sama saling memerlukan. maka hal semakin berlanjutan, hubungan sahabat antara mereka berempat semakin goyah, tidak disangka seorang sahabat mereka telah jatuh cinta dengan sahbat sendiri. takdir yag telah menentukan segalanya. kerana rasa yang tidak mampu dibuang, sahabatnya itu berterus terang kepada sahabat lelakinya itu, menangis dia kerana takut kehilangan sahabatnya itu, tetapi dia tidak mampu menyimpannya lagi. akhirnya benarlah dia salah, sahabat lelakinya itu menjauhkan diri darinya, sedih yang tak terkira, dia membawa diri, dia redha andai ditolak kerana sahabatnya itu memahami situasi sebenarnya, lalu dia memtuskan untuk mengakhiri segalanya....dengan tangisan yang tiada hentinya, menangis dia kehilangan sahabat yang disayanginya itu..akhirnya empat sahabat itu berpecah, entah kemana hala semua mereka.. tinggalkan kenangan yang menjadi kekuatan senyumana dan tangisan..itu semua kisah mereka..tiada siapa yang tahu, tiada yang peduli..

No comments:

Post a Comment