alhamdulillah harini, Allah masih berikan aku kesempatan untuk bernafas, masih berikan aku nikmat untuk terus meningatiNya..... buat sahabatku, tgh2 pagi yg sunyi, aku masih sendiiri, berusaha menyiapkan final aku yang dh tak berapa hari nak dihantar... dgn itu juga , entah kenapa kenangan bersama korang makin berlumba-lumba menerjah fikiranku sekarang ini... mungkin aku rindu... terlalu rindu, kenangan final kita, kenangan menangis kita, kenangan bahagia kita.. sungguh aku rindu itu semua... sebelum aku panjangkan luahan aku, disini aku mahu memohon maaf, tak da niat untuk aku menyinggung hati kalian semua dgn apayg aku smpaikan ini, aku tidak tahu pada siapa harus aku mengadu, pada siapa yang boleh aku kongsikan rasa hati aku ini.... mungkin jika suatu hari nanti antara kalian terbaca coretan kosong aku ni, harap kalian mengerti apa yang terjadi, apa yang selalu aku fikirkan, apa yang aku rindukan...... saat tu, aku tetap menunggu kalian untuk terus kembali berjalan bersama-sama aku menuju kejayaan yang kita impikan ....insyaallah....
sahabatku,
mungkin coretan ku ini hanya coretan kosong,
tak memberi makna pada kalian, tapi pada diriku sangat-sangat teristimewa, harini makin hampir genap dua sem aku di disini, menongkah arus mencari ilmu,
sahabatku,
selama aku disini, aku selalu merindui kalian disana, walaupun tubuhku disini, namun jasadku tetap bersama kalian disana, sukar.. teramat sukar wahai sahabatku, hidup disini tanpa kalian...tapi tak pernah tunjukkan pada kalian, kerana aku tak mahu kalian bimbang, aku tak mahu kalian sedih, cukuplah aku seorang yang merasa..... sudah tidak boleh aku kesalkan dgn keputusan yang telah aku tetapkan, aku harus teruskan....
sahabatku,
mengapa semakin lama aku rasakan, kita semakin jauh...entah hatiku ini menipu diriku atau itu kebenarannya,
bila aku cuba mendekati kalian semula, terasakan seperti ada jarak yang memisahkan kita, puas aku berusaha buang garisan itu, adakah aku tidak berjaya? adakah usahaku sia2 sahabatku?
sahabatku,
ku kirim mesej sebagai tanda aku rindu, aku telefon tanyakan khabar kerana aku mahu kalian sihat selalu,
tapi .....aku menangis sendiri..seolah2 hanya aku yang merindui kalian, ....
sahabatku,
andai ada salah yang telah aku lakukan, aku mohon maaf...mungkin takdir allah temukan kita seketika, supaya kita dapat rasa apa itu makna persahabatan....bersyukurlah dengan takdir nya itu.. semoga kita semua tabah
No comments:
Post a Comment