Friday, December 28, 2012

setiap kali

hmm setiap kali saya buka fb awak, saya nampak awak, senyuman tu..pernah suatu ketika, saya selalu lihat senyuman tu terukir di wajah awak... waktu tu awak selalu gembira, tak pernah duka..kecuali ada ketika saya nampak awak marah, sedih dan sendiri menangis..cuba saya ingin tanya tapi saya tak mampu, setiap ayat yg lahir dri bibir awak untuk saya, selalu saya simpan, selalu saya ingt... kerana saya bimbang suatu hari nanti saya dah tak mampu dgr ayat seumpama itu... akhirnya apa yang saya tak ingini jadi kenyataan...setiap kali saya berpeluang, saya renung mata awak, cuba fahami masalah awak, cuba fahami keadaan awak, namun realitinya, saya tak semampu itu, setiap kali awak buka lagu, saya amati liriknya, saya cuba ingt tajuk lagu yang awak suka, kemudian bila saya sunyi, saya nyanyikan kembali lagu itu supaya rindu saya pada awak berkurangan dan akhirnya saya tertidur dalam pelukan sendiri...setiap kali saya melalui tempat yang pernah dulu kita singgah, yg pernah ada kenangan kita, pasti air mata saya gugur, saya rindunya tetapi saya mengerti semua tu tak akan kembali lagi..setiap kali, saya merenung gmbr2 kenangan kita, saya jadi sepi, saya rasakan seolah2 awak selalu disisi, sama ketawa, sama menangis..sama2 berkongsi cerita.. tak pernah saya luahkan pada awak, cukuplah ia menjadi cerita saya seorang, saya amati awak dlm diam tanpa awak sedar, sesungguhnya saya sedar, saya tidak mampu miliki awak walupun di dunia mahupun di akhirat sana. saya amati awak dalam lena, saya renungi alis bundar mata awak secara rahsia...sekadar pengubat luka kepada kehidupan saya...kini, setiap kali terpandangkan awak, terlihat wajah awak yang tersenyum ...saya syukur..syukur kerana saya tahu awak bahagia..saya sedar akan kehidupan awak sekarang.. setiap kali saya cuba mesej awak, saya akan kuatkan hati supaya tidak mengganggu awak..saya tak mampu..kini seluas-luasnya, saya lepaskan awak dari hati saya.... pergilah awak..saya doakan awak disini, andai suatu hari nanti kita bertemu lagi.. awak tetap sahabat yang paling saya sayang.... walaupun pernah ada parut yg dalam, jika diletak ubat pasti lama2 akan hilang jua...saya sayang awak hingga hujung nyawa saya.

No comments:

Post a Comment